ilmu tuhan panuh kejutan,
pelik dan mengelirukan fikiran,
hanya yang berfikir dapat pelajaran,
dengannya kau mampu selamatkan kawan,


Thursday

                                         TUA DAN MUDA


Lihatlah di dada langit bintang bertaburan membentuk teka-teki dan persoalan untuk dicari jawapan.Lihatlah didada bumi,lautan luas yang berombak mesra menghempas ke pantai tanpa jemu.Alam yang indah rahmat darinya sungguh mempesona,bersyukurlah padanya

sungguh semua ini aturan yang unik dan tiada perselisihan.maka terbuktilah apa yang allah ciptakan tersembunyi hikmah dan kepentingan tersendiri.

janganlah pernah menitir dari bibir kita mengatakan sesuatu itu tidak berguna dan tidak seharusnya ada di dunia.Sebaliknya berfikirlah,bahawa hidup kita didunia ini saling bergantung antara satu sama lain.

di abad serba ,moden kini,sering berlaku pertelingkahan antara golongan tua dan muda.Hal ini disebabkan kita tidak mernungkan mngenai hikmah penciptaan golongan tua dan muda.Seringkali golongan tua mengatakan pendapat mereka adalah benar dan sering juga golongan muda mengatakan pendapat merka adalah yang terbaik.hasilnya, berlakulah pertengkaran yang hanya membuahkan hasil sia-sia dan membuang masa.

Alangkah indah andai tua dan muda ini bersatu membentuk masyarakat yang hebat seperti pemerintahan Sultan Al-Fateh,seorang pemerintah muda berjaya menakluk kota konstitanopel di istanbul.Kejayaan beliau adalah disebabkan kebernasan golongan muda diadun bersama pengalaman golongan tua.   hebatkan hasilnya...

maka nerfikirlah kamu....